Taliban nafi warga asing diculik dekat lapangan terbang Kabul

Taliban nafi warga asing diculik dekat lapangan terbang Kabul

Taliban berkata, anggota membantu memudahkan urusan semua warga asing ke lapangan terbang Kabul demi memastikan keselamatan mereka.

Kumpulan Taliban meronda di sekitar Kabul, Afghanistan pada Khamis lalu. (Gambar AP)
KABUL:
Taliban menafikan laporan mendakwa warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.

“Laporan mengenai penculikan itu hanya khabar angin. Anggota Taliban membantu memudahkan urusan semua warga asing untuk ke lapangan terbang. Kami tekad memastikan keselamatan mereka,” kata jurucakap Taliban, Ahmadullah Waseq.

Beliau berkata, anggota Taliban turut mengiringi 150 warga India ke lapangan terbang.

Ahad lalu, Taliban menawan Kabul, ibu negara Afghanistan selepas ribuan rakyat membanjiri lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara itu.

Penerbangan untuk membawa keluar penduduk, termasuk warga asing dikatakan bermula sejak Sabtu lalu dan kira-kira 5,000 tentera Amerika Syarikat dikerahkan ke lapangan terbang Kabul untuk membantu proses itu.

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh akibat ditembak dan dipijak ketika orang ramai berpusu-pusu di lapangan terbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.