Jakarta laksana semula peraturan genap ganjil di jalan utama

Jakarta laksana semula peraturan genap ganjil di jalan utama

Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, peraturan itu dilaksanakan mulai hari ini hingga 16 Ogos dari 6 pagi hingga 8 malam.

Peraturan genap ganjil bermaksud hanya kenderaan dengan plat nombor akhirnya sama dengan tarikh harian dibenarkan menggunakan jalan berkenaan, contohnya plat nombor akhir 1 (ganjil) dibenarkan menggunakan jalan raya berkenaan pada tarikh ganjil (contohnya 13 Ogos). (Gambar Bernama)
JAKARTA:
Pemerintah Provinsi Jakarta kembali menguatkuasakan peraturan genap ganjil di beberapa jalan utama bagi membataskan pergerakan orang ramai dalam membendung penularan Covid-19.

Peraturan genap ganjil bermaksud hanya kenderaan yang plat nombor akhirnya sama dengan tarikh harian dibenarkan menggunakan jalan berkenaan, contohnya plat nombor akhir 1 (ganjil) dibenarkan menggunakan jalan raya berkenaan pada tarikh ganjil (contohnya 13 Ogos).

Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria dalam sidang media hari ini berkata, penguatkuasaan peraturan itu bermula 6 pagi hingga 8 malam, dikuatkuasakan mulai hari ini sehingga 16 Ogos ini.

Ia selaras lanjutan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) tahap empat di Jakarta dan berkemungkinan dilanjutkan lagi mengikut keadaan semasa.

Jalan-jalan utama di Jakarta yang dikuatkuasakan peraturan itu adalah Jalan Sudirman, Jalan Thamrin, Jalan Medan Merdeka Barat, Jalan Majapahit, Jalan Gajah Mada, Jalan Hayam Wuruk, Jalan Pintu Besar Selatan dan Jalan Gatot Subroto.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian peraturan itu untuk kenderaan tertentu seperti ambulans, bomba, motosikal, dan kenderaan rasmi kerajaan.

Mengikut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat semalam, Indonesia mencatatkan lebih 3.74 juta kes Covid-19 dengan tambahan 30,625 kes positif baharu.

Sebanyak 1,579 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini 112,198 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.