300,000 penduduk Jepun dari 3 wilayah diarah berpindah berikutan amaran Taufan Lupit

300,000 penduduk Jepun dari 3 wilayah diarah berpindah berikutan amaran Taufan Lupit

Kelajuan angin taufan Lupit diramal mencapai 23 meter sesaat dan tiupan angin kencang sekitar 35 meter sesaat.

Taufan Lupit dilaporkan melanda kawasan pesisir China pada Khamis, menyebabkan hujan lebat di wilayah sekitarnya.(Gambar Reuters)
TOKYO:
Kira-kira 300,200 penduduk di wilayah Hiroshima, Shimane dan Ehime diarah berpindah berikutan taufan Lupit yang diramal melanda, lapor Sputnik.

Syarikat penerbangan turut membatalkan 63 jadual penerbangan di bahagian barat daya Jepun, lapor stesen penyiaran NHK pada Isnin.

Kelajuan angin taufan Lupit diramal mencapai 23 meter sesaat dan tiupan angin kencang sekitar 35 meter sesaat.

Taufan Lupit dilaporkan melanda kawasan pesisir China pada Khamis, menyebabkan hujan lebat di wilayah sekitarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.