Tempoh larangan pengusiran tamat, jutaan rakyat AS berdepan risiko

Tempoh larangan pengusiran tamat, jutaan rakyat AS berdepan risiko

Larangan pengusiran dilaksanakan Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CAC) Pusat Amerika Syarikat, berkuatkuasa bermula September 2020, bertujuan menangkis perebakan Covid-19, selain mengelak lebih ramai gelandangang ketika pandemik.

Ahli komuniti membantah pengusiran ketika sidang media di Boston, Jumaat lalu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Jutaan rakyat Amerika Syarikat yang menyewa berisiko diusir dari kediaman selepas tempoh larangan mengusir penduduk kesan pandemik berakhir tengah malam, Sabtu.

Penamatan berkenaan menjadi tamparan terhadap Presiden Joe Biden, yang pada Khamis membuat permintaan saat akhir kepada Kongres bagi melanjutkan moratorium terbabit, sambil menyatakan peningkatan ketara jangkitan varian delta di negara berkenaan.

Jumaat lalu, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menangguh tanpa melihat semula perlindungan penyewa selepas ahli Kongres Republikan menyekat permintaan melanjutkan permintaan secara sebulat suara, sehingga 18 Oktober ini.

Pemimpin Demokratik berkata, mereka kekurangan sokongan untuk meletakkan cadangan berkenaan bagi proses pengundian rasmi.

Senat Amerika Syarikat mengadakan sesi luar biasa pada Sabtu namun tidak menyentuh larangan pengusiran. Rumah Putih memberi jaminan lanjutan perlindungan berkenaan tidak akan dilakukan secara unilateral kerana tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang susulan keputusan Mahkamah Agung, pada Jun lalu.

Lebih 15 juta penduduk membabitkan 6.5 juta isi rumah Amerika Syarikat ketika ini berdepan kekangan melunaskan sewa rumah, menurut kajian dilakukan Aspen Institute dan Projek Perlindungan Pengusiran Covid-19, menjadikan pemilik rumah keseluruhannya menanggung kos AS$20 bilion.

Senator Elizabeth Warren daripada Demokrat, pada Sabtu, berkata “semua negeri di negara ini, keluarga yang sedang duduk di meja makan ketika ini, sedang berikhtiar untuk terus hidup dalam situasi menyeksakan, menggangu dan pengusiran yang tidak perlu”.

Perwakilan Demokrat Cori Bush dan perwakilan Demokrat lain, pada sepanjang Jumaat malam, berada di luar US Capitol, bertujuan mendapatkan perhatian membabitkan isu berkenaan.

Bush mempersoal bagaimana ibu bapa pergi bekerja dan menjaga anak-anak sekiranya mereka diusir. “Kita tidak patut membiarkan rakyat berada di jalanan ketika pandemik berbahaya ini,” katanya pada Sabtu.

Kumpulan pemilik kediaman bagaimanapun menentang moratorium berkenaan, dengan beberapa pemilik kediaman berhempas pulas membayar cagaran, cukai termasuk bayaran insurans ke atas hartanah tanpa pendapatan diperoleh hasil daripada sewaan.

Moratorium pengusiran diperluaskan mengikut pelbagai pendekatan sejak lewat Mac 2020.

Larangan pengusiran dilaksanakan Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CAC) Pusat Amerika Syarikat, berkuatkuasa bermula September 2020, bertujuan menangkis perebakan Covid-19, selain mengelak lebih ramai gelandangang ketika pandemik. Gelandangan meningkat berkali ganda, baru-baru ini sehingga Sabtu.

CDC berkata, pada Jun ini, lanjutan berkaitan larangan itu tidak dibuat. Jurucakap CDC mengesahkan moratorium terbabit sudah tamat, namun enggan mengulas lanjut.

Speaker Dewan Nancy Pelosi, dalam menjelaskan keperluan lanjutan larangan pengusiran, mengakui daripada AS$46.5 bilion yang diluluskan Kongres bagi pemulihan sewaan, “hanya AS$3 bilion sahaja dibayar kepada penyewa”.

Lewat Sabtu lalu, Pelosi berkata pembuat undang-undang menyatakan permintaan ” AS$46.5 bilion diluluskan Kongres perlu diagihkan dengan pantas kepada penyewa dan pemilik kediaman”.

Beberapa pembuat undang-undang Demokrat pada awal Ahad, berarak di luar US Capitol untuk menyatakan sokongan terhadap larangan pengusiran kembali dikuatkuasakan.

Beberapa negeri seperti California dan New York, memilih melanjutkan moratorium pengusiran selepas 31 Julai lalu. Agensi persekutuan yang membiayai perumahan sewaan pada Jumaat, menggesa pemilik hartanah mengambil peluang dalam program bantuan berkenaan untuk mengelak pengusiran penyewa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.