
Sekatan penuh di bandar terbesar Australia itu dijadualkan tamat pada 30 Julai setelah lima minggu berkuat kuasa, namun kini sekatan dilanjutkan hingga 28 Ogos kerana jumlah kes terus meningkat.
Ketua Menteri New South Wales (NSW) Gladys Berejiklian berkata, pelanjutan ini bagi memastikan masyarakat selamat dan berupaya kembali kepada keadaan biasa secepat mungkin.
Pihak berkuasa mengumumkan 177 kes baharu berkait cetusan jangkitan di Sydney, yang bermula pada pertengahan Jun apabila seorang pemandu kru penerbangan antarabangsa dijangkiti Covid-19.
Penduduk kawasan titik panas digesa untuk tidak meninggalkan kawasan kejiranan mereka, dan individu yang tinggal bersendirian akan dibenarkan mencipta “singles bubble” bersama seorang individu lain.