Kes Covid-19 pertama di Perkampungan Olimpik Tokyo

Kes Covid-19 pertama di Perkampungan Olimpik Tokyo

Olimpik Tokyo sebelum ini mendapat bantahan masyarakat Jepun yang bimbang dengan gelombang baharu jangkitan.

Gambar AFP.
TOKYO:
Kes pertama Covid-19 dikesan di Perkampungan Olimpik, lapor AFP.

Menurut penganjur Olimpik Tokyo, menjelang enam hari acara pembukaan, individu yang tidak didedahkan nama itu didapati positif di perkampungan sukan itu yang menempatkan ribuan atlet dan pegawai sepanjang temasya.

“Terdapat seorang di Perkampungan. Ia adalah kes pertama dalam Perkampungan yang dilaporkan sepanjang proses saringan.

“Individu itu sudah diasingkan di hotel,” kata jurucakap temasya itu.

Dalam pada itu, media Jepun melaporkan individu positif berkenaan bukan warga tempatan.

Olimpik Tokyo sebelum ini mendapat bantahan masyarakat Jepun yang bimbang dengan gelombang baharu jangkitan.

Ketua penganjur Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata mereka bersedia bertindak sekiranya jumlah kes meningkat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.