7 lagi diselamat dalam runtuhan hotel di China

7 lagi diselamat dalam runtuhan hotel di China

Hotel Siji Kaiyuan itu dilaporkan runtuh petang semalam dengan maklumat awal pihak berkuasa mengatakan kejadian terbabit mengorbankan seorang mangsa.

Hotel Siji Kaiyuan dilaporkan runtuh petang semalam dan punca masih belum dipastikan. (Gambar AP)
SHANGHAI:
Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan tujuh mangsa lagi yang tersepit di bawah runtuhan sebuah hotel bajet dalam kejadian di bandar Suzhou, timur China, lapor media tempatan hari ini.

Hotel Siji Kaiyuan itu dilaporkan runtuh petang semalam dengan maklumat awal pihak berkuasa mengatakan kejadian terbabit mengorbankan seorang mangsa.

Mangsa terbaharu yang dikeluarkan itu menjadikan jumlah yang berjaya diselamatkan setakat ini ialah 14 orang, lapor People’s Daily.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai jumlah sebenar mangsa yang masih hilang dan punca kejadian itu belum dipastikan.

Hotel yang dibuka pada 2018 itu mempunyai 54 bilik penginapan.

Beberapa imej yang disiarkan menunjukkan anggota penyelamat mengerumuni kawasan runtuhan untuk mencari mangsa.

Pada Mac lalu sebuah lalu, sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19 dilaporkan runtuh hingga mengorbankan 29 mangsa.

Pihak berkuasa yang melakukan siasatan lanjut kemudiannya mendapati tiga tingkat bangunan terbabit dibina secara haram sebagai tambahan kepada struktur asal empat tingkat hotel berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.