Kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, 6 maut

Kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, 6 maut

Arus kuat menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter dan 8.6 meter lebar itu terbalik dan tenggelam.

Setakat Selasa (waktu Indonesia Barat), 47 orang dilaporkan berjaya diselamatkan, manakala enam lagi lemas. (Gambar AP)
JAKARTA:
Sebuah kapal penumpang yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal, tenggelam dipercayai akibat arus kuat di Selat Bali, Indonesia pada Selasa.

Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), dalam kejadian pukul 7.12 malam waktu Indonesia Timur itu, kapal KMP Yunice dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi di Jawa Timur, menuju Pelabuhan Gilimanuk.

Arus kuat menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter dan 8.6 meter lebar itu terbalik dan tenggelam.

Setakat 10 malam hari Selasa (waktu Indonesia Barat), 47 orang berjaya diselamatkan, manakala enam lagi lemas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.