
“Setakat ini, tiada mangsa yang selamat. Identiti mangsa akan diumumkan selepas pihak kami dapat menghubungi keluarga mangsa,” kata PAF dalam satu kenyataan.
Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira 10 malam waktu tempatan ketika melakukan penerbangan latihan beberapa batu dari pangkalan udara di Capas, wilayah Tarlac, kata PAF.
Dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana berkata “tiga juruterbang dan tiga anggota tentera maut” dalam nahas udara itu.
Helikopter malang itu dipercayai terhempas di sekitar Lembah Crow di wilayah, Tarlac.
PAF berkata siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.