
Ia berikutan penahanan tiga aktivis tersebut minggu lalu ketika mereka mendokumentasikan pembuangan sampah ke dalam sungai di bandar itu.
Timbalan Pendakwa Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Plang Sophal mengesahkan pertuduhan itu dalam pesanan teks tetapi tidak menyatakan bagaimana aktivis, dari kumpulan Mother Nature itu melanggar undang-undang.
“Bukti yang dikumpulkan oleh polis adalah penghinaan terhadap raja,” katanya kepada Reuters, tanpa menjelaskan lebih lanjut.
Walaupun kes begini sering difailkan di Thailand, tuduhan lese majeste, atau menghina monarki, jarang berlaku di Kemboja.
Jika didapati bersalah semua empat aktivis boleh dipenjara sehingga 10 tahun kerana bersekongkol dan penjara hingga lima tahun kerana menghina kerajaan.
Pengasas Mother Nature, Alejandro Gonzalez-Davidson berada di luar negara dan didakwa dalam keadaan tidak hadir. Dia berkata tuduhan itu “benar-benar palsu”, dan mencerminkan paranoia kerajaan terhadap rakyatnya sendiri.
“Mengenai tuduhan terhadap saya, ia seolah satu pengakuan bahawa rejim melihat aktiviti aman saya sebagai ancaman,” katanya kepada Reuters.
Sun Nature, Sun Ratha, 26, Ly Chandaravuth, 22, dan Yim Leanghy, 32, ditahan pada 16 Jun ketika mendokumentasikan aliran air ke sungai Tonle Sap di Phnom Penh, kata pemantau hak asasi manusia Licadho.
“Kerajaan Kemboja sering mensasarkan Mother Nature Cambodia,” kata Naly Pilorge, pengarah Licardo.
AS minggu lalu membatalkan program pemuliharaan hidupan liar dengan Kemboja selepas mendapati negara itu gagal menangani masalah pembalakan dan ancaman terhadap aktivis alam sekitar.