
Detik bersejarah itu melihat blok lapan parti terdiri daripada golongan berhaluan kiri dan kanan termasuk konservatif Arab Islam, bergabung untuk menumpaskan veteran politik berkenaan dengan kemenangan tipis 60-59, semalam.
Dalam hanya beberapa jam, Bennett, jutawan teknologi dan bekas komander pasukan khas tentera berusia 49 tahun, mengambil alih jawatan perdana menteri.
Beliau dijadualkan berjumpa dengan Netanyahu lewat Isnin (waktu tempatan).
Menteri-menteri baharu juga mula menemui kakitangan mereka seterusnya memulakan pentadbiran kerajaan ke-36 Israel.
Dalam kenyataan susulan majlis angkat sumpah Bennett, Presiden AS Joe Biden menyuarakan harapan bekerja sama dengan Bennett dan mengukuhkan hubungan kedua-dua negara yang disifatkan ‘sahabat baik’ itu.
Bennett kemudian menjawab di Twitter: “Saya berbesar hati berganding bahu dengan anda untuk memperkukuh ikatan antara dua negara kita.”