Penyokong parah terjatuh dari tempat duduk Wembley

Penyokong parah terjatuh dari tempat duduk Wembley

Pegawai stadium berkata, mereka akan bekerjasama dengan Uefa untuk menyiasat kejadian itu.

Peminat England bersorak untuk pasukan mereka ketika aksi menentang Croatia di Wembley semalam. (Gambar AP)
LONDON:
Seorang penyokong bola sepak dikejarkan ke hospital dalam “keadaan serius” selepas terjatuh dari tempat duduk di Stadium Wembley ketika aksi England menewaskan Croatia 1-0 dalam Euro 2020 semalam.

“Kami mengesahkan seorang penonton terjatuh dari tempat duduknya sejurus selepas perlawanan England dan Croatia bermula di Stadium Wembley.

“Penonton itu diberikan rawatan perubatan segera, sebelum dihantar ke hospital dalam keadaan serius,” kata jurucakap stadium itu.

Pegawai stadium berkata, mereka akan bekerjasama dengan badan kawal selia bola sepak Eropah, Uefa untuk menyiasat kejadian itu.

Seramai 18,497 penonton menyaksikan perlawanan itu di Wembley.

Lapan perlawanan akan diadakan di Wembley sepanjang Euro 2020. Ia mampu memuatkan 22,500 peminat – 1/4 daripada kapasitinya – tetapi ada harapan untuk aksi separuh akhir dan final diadakan di hadapan lebih ramai penonton.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.