
Pihak berkuasa berkata, sebaik polis tiba penembak itu terus mengacukan senapang ke arah dirinya sendiri, dalam kejadian tembakan rambang terbaharu yang terus menular di Amerika Syarikat.
Beberapa orang turut tercedera dalam serangan yang berlaku di kawasan membaikpulih gerabak kerata api di San Jose, selatan San Francisco.
“Apa masalah kita sebenarnya, dan sampai bila agaknya perkara begini akan berlarutan?” kata Gabenor California Gavin Newsom dalam satu sidang media.
Wakil Sheriff Santa Clara County, Russell Davis, berkata pihak berkuasa bergegas untuk menyiasat beberapa panggilan 911 awal pagi semalam berhubung satu insiden tembakan.
Penembak masih aktif melepaskan tembakan ketika polis tiba namun tidak berbalas tembakan dengan mereka.
“Ini kerana dia mati akibat kecederaan yang berpunca dari dirinya sendiri.
Skuad bom turut dikerah setelah anjing pengesan mengesan “beberapa jenis bahan letupan di tempat kejadian,” kata Davis.
Suspek yang dikenali sebagai Samuel Cassidy adalah seorang kakitangan Valley Transportation Authority, syarikat penyedia rel dan bas untuk San Jose.
Motif pembunuh itu masih dalam siasatan.
Presiden AS Joe Biden menyifatkan kejadian itu sebagai “tragedi mengerikan” dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang.
“Sekurang-kurangnya lapan keluarga cukup terkesan dan tidak akan sempurna lagi selepas ini”.
“Sekali lagi, saya mendesak Kongres untuk mengambil tindakan segera dan mendengar keluhan rakyat Amerika, termasuk sebilangan besar pemilik senjata, untuk membantu menamatkan wabak keganasan senjata api ini di Amerika.
Kejadian tembakan rambang besar-besaran dilaporkan berlaku sejak beberapa bulan lalu termasuk di sebuah kemudahan FedEx di Indianapolis, sebuah bangunan pejabat di California, sebuah kedai runcit di Colorado dan di beberapa spa di Atlanta.
Pada bulan Ogos 2019, satu kejadian tembakan ramabang di Bay Area telah menyebabkan dua kanak-kanak dan seorang lelaki berusia 25 tahun mati di festival bawang putih di Gilroy, sekitar 50km ke selatan San Jose.
Bulan lalu, Biden menyifatkan keganasan senjata api di AS sebagai “wabak” dan sesuatu yang memalukan di peringkat antarabangsa”.
Laporan Gun Violence Archive menunjukkan terdapat lebih 43,000 kematian berkaitan senjata api di AS tahun lalu, termasuk bunuh diri.