
Namun, keputusan ini tidak berkait lonjakan kes Covid-19 di negara itu, kata beliau tanpa mengulas lanjut.
Ketegangan antara kerajaan Hong Kong yang ditaja Beijing, dan Taiwan, semakin meningkat sejak protes pro demokrasi tercetus di Hong Kong pada 2019.
Situasi bertambah buruk apabila China melaksanakan undang-undang keselamatan secara menyeluruh tahun lalu, menyebabkan ramai aktivis meninggalkan Hong Kong.
Taipei mengkritik undang-undang tersebut dan membuka pejabat tempatan bagi membantu individu yang ingin meninggalkan Hong Kong.
Tahun lalu, pegawai Taiwan di Hong Kong dimaklumkan bahawa visa mereka tidak akan diperbaharui kecuali mereka menandatangani dokumen menyokong tuntutan China ke atas Taiwan bawah dasar “One China”, menurut sumber.
Biro Perlembagaan dan Hal Ehwal Tanah Besar Hong Kong mengumumkan keputusan menggantung operasi Pejabat Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaannya di Taiwan, tanpa memberi penjelasan.
Katanya, sebarang permintaan untuk bantuan akan dikendalikan melalui talian penting dan menerusi laman web kerajaan Hong Kong.