Akibat dendam dengan bekas kekasih, anak pemandu ‘gojek’ jadi mangsa

Akibat dendam dengan bekas kekasih, anak pemandu ‘gojek’ jadi mangsa

Anak lelaki kepada seorang seorang pemandu e-hailing Gojek maut selepas memakan juadah berbuka puasa beracun yang dikirim seorang wanita.

Nani Aprilliani, 25, mengirim juadah sate ayam yang ditabur racun sianida kepada bekas kekasihnya bernama “Tomy” melalui pemandu Gojek berkenaan bernama “Bandiman”. (Gambar Detiknews)
JAKARTA:
Anak lelaki kepada seorang pemandu e-hailing Gojek maut selepas memakan juadah berbuka puasa beracun yang dikirim seorang wanita yang berdendam dengan bekas kekasihnya.

Nani Aprilliani, 25, mengirim sate ayam yang ditabur racun sianida kepada bekas kekasihnya “Tomy” melalui pemandu Gojek dikenali sebagai “Bandiman”.

Direktur Siasatan Jenayah Umum, Polis Bantul, Yogyakarta, Jawa Barat, Burkan Rudi Satria dipetik media tempatan hari ini sebagai berkata isteri Tomy enggan menerima kiriman berkenaan kerana tidak mengenali pengirimnya.

Bandiman kemudian membawanya pulang dan dijadikan juadah berbuka bersama isteri dan anaknya.

Anaknya Naba Faiz Prasetya, 10, muntah sejurus memakan sate berkenaan dan dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kejadian berlaku pada 25 April dan siasatan polis mendapati suspek wanita yang ditahan pada Jumaat lalu itu berasal dari Majalengka, Jawa Barat, katanya kepada media tempatan hari ini.

Burkan Rudi Satria berkata berdasarkan siasatan, kejadian itu bermotifkan dendam selepas Tomy berkahwin dengan wanita lain.

Nani membeli sate ayam dan menaburkan racun itu sebelum meminta Bandiman yang sedang berehat di Jalan Gayam, Yogyakarta, untuk menghantarkan juadah itu ke rumah Tomy di Bantul, Yogyakarta.

Suspek tidak menggunakan aplikasi dalam talian dan tidak memberikan identitinya yang sebenar. Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.