2 maut, 16 cedera ditikam dalam serangan di tadika di selatan China

2 maut, 16 cedera ditikam dalam serangan di tadika di selatan China

Polis telah menahan suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun.

BEIJING:
Seorang yang tidak dikenali menyerang sebuah tadika dengan pisau di wilayah autonomi Guangxi selatan China, menyebabkan dua kanak-kanak maut dan 16 lagi cedera, lapor Reuters.

Kejadian itu berlaku di bandar Beiliu sekitar pukul 2 petang waktu tempatan (06:00 GMT).

Kecederaan pada 16 kanak-kanak terbabit dilaporkan semakin pulih selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di bandar itu, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Polis telah menahan suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.