EC tak lanjut kontrak vaksin AstraZeneca, J&J selepas laporan kesan sampingan

EC tak lanjut kontrak vaksin AstraZeneca, J&J selepas laporan kesan sampingan

Laporan menunjukkan vaksin Covid-19 AstraZeneca dan Johnson & Johnson menyebabkan kesan sampingan masalah pembekuan darah.

Vaksin AstraZeneca mencetuskan kebimbangan selepas dilaporkan menyebabkan pembekuan darah.
ROM:
Suruhanjaya Eropah (EC) memutuskan tidak akan melanjutkan kontrak bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) berikutan laporan kesan sampingan masalah pembekuan darah, lapor Sputnik.

Sebaliknya, blok itu akan menggunakan vaksin berasaskan RNA, yang dibangunkan Pfizer dan Moderna, lapor akhbar Itali, La Stampa pada Rabu memetik sumber Kementerian Kesihatan.

Selasa lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengesyorkan penggunaan vaksin J&J dihentikan, susulan enam kes pembekuan darah.

Berikutan itu, syarikat AS berkenaan mengumumkan untuk menangguhkan pelancaran vaksin yang dirancang di Eropah.

Bulan lalu, vaksin AstraZeneca mencetuskan kebimbangan selepas dilaporkan menyebabkan pembekuan darah.

Meskipun laporan pengawal selia EC mengesahkan trombosis pasca-suntikan adalah kesan sampingan yang “sangat jarang”, sebilangan negara melarang penggunaannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.