
Jepun pada Selasa mendedahkan perancangannya melepaskan lebih 1 juta tan air yang tercemar ke laut, dari loji yang dilumpuhkan dalam gempa bumi dan tsunami pada 2011. Perancangan itu dijadualkan dalam tempoh dua tahun selepas menapisnya untuk menyingkirkan isotop berbahaya.
Keputusan itu dibantah keras Korea Selatan yang memanggil duta Tokyo di Seoul, Koichi Aiboshi, selain mengadakan mesyuarat tergempar untuk merangka respons terhadapnya.
Dalam mesyuarat berasingan hari ini, Moon menggesa supaya mencari jalan merujuk tindakan Jepun itu kepada Tribunal Antarabangsa untuk Undang-undang Laut, kata jurucakapnya Kang Min-seok.
Moon turut menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan itu kepada Aiboshi yang baru menggalas tugasnya di Korea Selatan itu pada Februari.
“Banyak perkara yang mencetuskan kebimbangan terhadap keputusan itu apatah lagi negara ini paling dekat dari segi geologi, malah berkongsi laut dengan Jepun,” Moon dilaporkan berkata.