
Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan badan pemerhati perubatan Eropah menggalakkan penggunaan vaksin itu diteruskan, Pengarah Pihak Berkuasa Kesihatan Soren Brostrom memberitahu sidang media, “Kempen vaksinasi Denmark akan diteruskan tanpa menggunakan vaksin AstraZeneca.”
Denmark negara pertama di Eropah yang menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca susulan laporan darah beku sebagai kesan sampingan serius walaupun jarang berlaku dalam kalangan penerimanya.
Lebih sedozen negara menuruti, tetapi sejak itu beberapa darinya menggunakannya semula selepas Agensi Perubatan Eropah menegaskan manfaat vaksin berkenaan selain menganggapnya ‘selamat dan berkesan.’
Denmark bagaimanapun terus menggantung penggunaan vaksin itu sementara menjalankan siasatannya sendiri.
Di Denmark, dua kes trombosis dilaporkan – satu daripadanya membawa maut – yang dikaitkan dengan vaksin itu, selepas lebih 140,000 orang disuntik vaksin itu.
Sebanyak 8% daripada 5.8 juta penduduk negara itu telah divaksin sepenuhnya terhadap Covid-19, manakala 17% telah menerima suntikan dos pertama.
Sejak menggantung vaksin AstraZeneca pada Mac, Denmark meneruskan dengan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.