
Australia dan New Zealand lebih berjaya menangani krisis Covid-19 berbanding kebanyakan negara membangun lain, selepas menutup sempadan antarabangsa mereka kepada bukan warganegara dan penduduk tetap pada awal penularan pandemik itu.
Australia mencatatkan kira-kira 29,400 kes Covid-19 dengan 909 kematian sejak pandemik bermula, manakala New Zealand hanya mempunyai lebih 2,100 kes dan 26 kematian.
Ardern dijadual mengumumkan tarikh untuk “gelembung perjalanan” dengan Australia malam ini, selepas berdepan tekanan semakin meningkat daripada perniagaan di kedua-dua negara untuk membuka sempadan antarabangsa.
“Pendekatan kesihatan awam kita bermakna kita kini boleh mengambil langkah ini seterusnya dan ia akan menjadi yang pertama di dunia,” kata Ardern di Wellington.
“Saya tidak tahu mana-mana negara lain di dunia ini yang mengekalkan strategi penyingkiran dan membuka sempadan mereka kepada negara lain, jadi ia adalah perkara luar biasa.”
Ardern bagaimanapun tidak memberi sebarang petunjuk bila pembukaan sempadan itu akan dilaksanakan, sebaliknya beliau hanya memaklumkan ia akan diumumkan selepas mesyuarat Kabinet.
Sempadan mungkin dibuka kepada warga Australia seawal hujung minggu ini, lapor stesen penyiaran New Zealand, 1NEWS tanpa menyebut dari mana maklumat itu diperolehi.
Menurut laporan itu, gelembung perjalanan berkenaan akan mengehadkan pelancong dari kawasan tertentu atas kebimbangan berlaku penularan di Australia dan ia dijangka dilakukan atas dasar negeri ke negeri.
Sementara itu, akhbar The Australian memetik sumber kerajaan dan industri berkata, perjalanan tanpa kuarantin dua negara itu mungkin bermula 12 atau 19 April ini.
Sesetengah negeri di Australia sudah membuka sempadan mereka kepada warga New Zealand sejak Oktober tahun lalu, tetapi ia adalah perjalanan sehala akibat penularan sekali-sekala di sesetengah band