
Jurucakap CDC, Mi Feng memaklumkan perkara itu dalam sidang media semalam.
Sementara itu, Pegawai Pemeriksa CDC, He Qinghua berkata walaupun penularan wabak sudah dikawal dengan berkesan, namun situasi pandemik masih merebak di seluruh dunia.
“Pengambilan vaksin merupakan langkah paling berkesan untuk mencegah penularan wabak.
“Justeru, penting bagi semua orang untuk terus berwaspada terhadap pandemik kali ini dan mengambil suntikan vaksin,” kata He.
Beliau berkata, langkah seterusnya ialah memastikan suntikan vaksin lebih selamat, teratur dan berkesan diterima oleh lebih ramai orang.
Turut dimaklumkan bahawa pengeluaran vaksin di China dalam tempoh setahun mampu memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara itu.