12 kes Covid-19 dikesan di kapal perang AS di Timur Tengah

12 kes Covid-19 dikesan di kapal perang AS di Timur Tengah

USS San Diego yang mencatatkan kes disahkan itu berlabuh di sebuah pelabuhan di Bahrain.

USS San Diego (kiri) membawa kira-kira 600 kru dan anggota tentera laut. (Gambar Twitter)
MANAMA:
Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Timur Tengah merekodkan 12 kes Covid-19, manakala sebuah lagi kapal perang di rantau sama sedang disiasat sama ada sebahagian krunya turut dijangkiti virus itu.

USS San Diego yang mencatatkan kes disahkan itu berlabuh di sebuah pelabuhan di Bahrain.

Ia belayar dengan kira-kira 600 kru dan anggota tentera laut.

Kapal dengan peluru berpandu USS Philippine Sea, yang membawa 380 kru, dijangka berlabuh di pelabuhan untuk menjalani ujian saringan lanjut.

Lokasi pelabuhan itu tidak didedahkan.

“Sebaik saja kami menyedari kemungkinan wujud kes Covid-19 di USS San Diego (LPD 22) dan USS Philippine Sea (CG 58), kami mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti, mengasingkan, menguji dan merawat kru serta anggota tentera laut di dua kapal itu,” kata Armada ke-5 AS itu dalam kenyataan di Twitter.

Armada ke-5 AS itu menjalankan rondaan di laluan Timur Tengah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.