
Import dari Malaysia terdiri daripada 497,337 tan minyak sawit mentah (MSM), 9,204 tan minyak isirung sawit mentah dan 2,701 tan olein sawit RBD, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan industri.
Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) berkata import MSM dari Malaysia oleh India pada Januari adalah lebih 23% daripada pembelian pada Disember.
Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73% daripada semua import minyak sayuran.
Bahagian minyak sawit daripada import pada Disember sebanyak 58%, dan import kacang soya merosot dengan ketara mengurangkan bahagian minyak masak sebatian berbanding minyak sawit pada Januari, menurut SEA.
Import minyak makan merosot kepada 1.07 juta tan pada bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada Disember.