
“Polisi syarikat kami sesiapa pun tidak akan dimasukkan semula selepas dikeluarkan dari platform, tanpa mengira sama ada pengulas, CFO, atau bekas pegawai awam atau masih bertugas,” kata Segal dalam temu bual dengan CNBC.
“Perlu diingat polisi dirancang untuk memastikan pengguna tidak menghasut keganasan, dan jika ada kami harus mengeluarkannya daripada perkhidmatan dan dasar kami tidak membenarkan individu itu kembali,” tambahnya.
Twitter pada 8 Jan menggantung akaun Trump berikutan risiko “melanjutkan hasutan keganasan,” dua hari setelah sekumpulan penyokongnya menyerbu Capitol Hill AS, yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima kematian.
Trump didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 13 Jan dengan tuduhan “menghasut pemberontakan”.
Beliau presiden pertama yang dua kali didakwa dalam sejarah AS.