Wabak selesema burung, Algeria isytihar darurat

Wabak selesema burung, Algeria isytihar darurat

Wabak itu dikesan di bandar kota Ain Fakroun.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar Ain Fakroun sudah menjangkiti 51,200 ekor ayam. (Gambar AFP)
ALGIERS:
Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung H5N8 melanda kawasan timur negara itu, lapor Agensi Anadolu.

“Sumber virus ini daripada burung yang berhijrah dan kami (Algeria) telah keluarkan amaran kepada semua wilayah untuk mematuhi arahan darurat. Wabak itu dikesan di bandar kota Ain Fakrounm,” kata Menteri Pertanian Abdelhamid Hamdani pada Selasa dalam sidang media.

Pada Selasa, OIE mengesan kawasan panas yang menjadi lokasi penularan wabak di Ain Fakroun, di Oum El Bouaghi.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar itu sudah menjangkiti 51,200 ekor ayam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.