Covid-19: UK belum sedia tarik balik sekatan pergerakan

Covid-19: UK belum sedia tarik balik sekatan pergerakan

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock berkata, kadar penurunan kes Covid-19 di negara itu belum memuaskan.

Data kerajaan menunjukkan terdapat 30,004 jangkitan dan 610 kematian baharu akibat Covid-19 di United Kingdom. (Gambar AP)
LONDON:
Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock pada Ahad berkata, masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan pergerakan kerana kadar penurunan kes Covid-19 belum pada tahap memuaskan, lapor agensi Anadolu.

Data kerajaan menunjukkan terdapat 30,004 lagi jangkitan dan 610 kematian, menjadikan jumlah kes sejak mula wabak dikesan ialah sebanyak 3,647,463 kes dan 97,939 kematian.

Lebih 6.3 juta orang sudah menerima dos vaksin Covid-19.

“Kita semua sepatutnya perlu sangat bimbang dengan pandemik, patuhi peraturan dan langkah pencegahan,” katanya dalam temu bual dengan Sky News.

Beliau berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana varian baharu dari Afrika Selatan dan Brazil bertindak balas terhadap vaksin.

“Varian baharu ini yang sangat merisaukan,” kata Hancock.

Dalam satu lagi wawancara dengan BBC beliau berkata, kerajaan mengenal pasti 77 kes varian Afrika Selatan di United Kingdom.

“Itulah sebabnya kami kenakan langkah sekatan sempadan yang ketat terhadap pergerakan dari Afrika Selatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.