6 maut selepas trak meletup di India

6 maut selepas trak meletup di India

Kejadian itu berlaku apabila sebuah trak membawa jejari gelatin meletup di daerah Shivamogga pada Khamis malam.

Keadaan trak yang membawa jejari gelatin selepas meletup di daerah Shivamogga pada Khamis malam. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya enam pekerja kuari terbunuh dalam satu letupan di Karnataka, selatan India.

Kejadian berlaku apabila sebuah trak membawa jejari gelatin meletup di daerah Shivamogga pada Khamis malam, kata seorang pegawai kepada media tempatan.

Pegawai di Karnataka berkata, siasatan sudah dimulakan berhubung kejadian itu.

“Kehilangan nyawa di Shivamogga sangat mendukacitakan. Takziah kepada keluarga yang sedang bersedih. Kami mendoakan mereka yang cedera segera pulih.

“Kerajaan negeri sedang cuba menyediakan bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang terjejas,” tulis Perdana Menteri India, Narendra Modi di Twitter.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.