
MOSCOW: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini melebihi 93 juta, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut data Universiti Johns Hopkins pada Jumaat jumlah sebenar kes ialah 93,018,040 dengan lebih 1.99 juta kematian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pada 11 Mac.
Sebilangan besar kes setakat ini direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.