
Murray dijadualkan terbang ke Australia menaiki beberapa penerbangan peribadi yang digunakan penganjur pertandingan itu untuk memastikan keselamatan pemain.
Namun sebaliknya atlet berusia 33 tahun itu akan menjalani kuarantin di kediamannya di London dengan harapan sempat sampai ke Australia lebih lewat daripada dirancang untuk bertanding.
Bagaimanapun, Reuters melaporkan itu mungkin sukar dicapai kerana pemain diminta tiba di Australia dalam tempoh ditetapkan mulai hari ini sebelum menjalani pengasingan selama 14 hari. Pertandingan dijadualkan pada 8 Feb ini.
Agensi berita Britain, Press Association melaporkan Murray berkeadaan baik, lapor news.com.au.
Tennis Australia berkata, hanya pemain dibenarkan masuk ke Australia dengan bukti menunjukkan mereka negatif ujian Covid-19 sebelum berlepas, atau dengan kelulusan sebagai kes sembuh namun atas budi bicara kerajaan Australia.