3,360 askar Armenia maut ketika pertempuran di Nagorno-Karabakh

3,360 askar Armenia maut ketika pertempuran di Nagorno-Karabakh

Menteri Kesihatan Armenia, Arsen Torosyan berkata lebih 2,500 pemeriksaan genetik telah dilakukan ke atas mayat.

Tentera Armenia melepaskan tembakan artileri dalam konflik dengan Azerbaijan di wilayah Nagorno Karabakh pada Oktober tahun lalu. (Gambar AP)
YEREVAN:
Seramai 3,360 anggota tentera Armenia maut dalam pertempuran yang meletus di Nagorno-Karabakh dari 27 September hingga 9 November, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Dari awal peperangan hingga hari ini, pemeriksaan forensik telah dilakukan terhadap mayat dan lebih 2,500 pemeriksaan genetik telah dilakukan,” tulis Menteri Kesihatan Armenia, Arsen Torosyan di Facebook.

Pada akhir September 2020, pertempuran kembali meletus di Nagorno-Karabakh. Selepas beberapa usaha gencatan senjata dilakukan akhirnya pada 10 November 2020 satu perjanjian damai disepakati dengan Moscow selaku orang tengah.

Azerbaijan dan Armenia sepakat menghentikan pertempuran dan menukar tahanan serta menyerahkan mayat. Yerevan juga menyerahkan semula daerah Kalbajar, Lachin dan Agdam kepada Baku. Pasukan pengaman Rusia turut ditempatkan di wilayah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.