Kes Covid-19 di AS lepasi angka 14 juta orang

Kes Covid-19 di AS lepasi angka 14 juta orang

Kes Covid-19 di AS meningkat kepada 14,012,378 orang dengan 274,648 kematian pada Khamis.

AS kekal negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19 mewakili lebih 21% daripada jumlah kes global. (Gambar AP)
NEW YORK:
Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) mencecah 14 juta pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua menurut data John Hopkins University.

Kes meningkat kepada 14,012,378, dengan 274,648 kematian, pada jam 2.26 petang waktu tempatan (1926 GMT).

California baru-baru ini menggantikan Texas dengan mencatat kebanyakan kes berjumlah 1,271,722.

Texas melaporkan 1,270,537 kes, kedua terbesar mengikut negeri.

Setakat ini, AS kekal negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19 dengan kebanyakan kes dan kematian di dunia, mencecah lebih 21% daripada jumlah kes global.

Kes harian AS mencecah 200,070 pada Rabu, kenaikan sehari kedua tertinggi dalam kes baru di seluruh AS sejak pandemik itu bermula.

Ia juga menandakan kes harian melonjak melebihi 100,000 untuk 30 hari berturut-turut sejak awal Nov dengan 2,804 kematian harian berkaitan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.