Audit manual undi di Georgia sahkan kemenangan Biden

Audit manual undi di Georgia sahkan kemenangan Biden

Audit manual itu dimulakan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Donald Trump kira-kira 14,000 undi.

Pegawai Pilihan Raya di Georgia, Cobb County menyerahkan kertas undi ketika audit dijalankan 16 Nov lalu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger pada Khamis berkata, pengiraan semula undi di negeri itu selesai dan Joe Biden disahkan pemenang dalam pilihan raya 3 Nov lalu di Georgia.

Audit manual itu dimulakan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Donald Trump kira-kira 14,000 undi.

“Audit itu mengesahkan pengiraan mesin asal tepat menggambarkan pemenang pilihan raya itu,” kata pejabat setiausaha negeri dalam kenyataan pada malam Khamis.

Raffensperger dijangka mengesahkan kemenangan Biden secara rasmi pada Jumaat.

Trump, tanpa bukti mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan meluas di negeri yang beliau tewas, termasuk Georgia, masih boleh meminta pengiraan semula di Georgia selepas keputusan disahkan kerana margin kemenangan kurang daripada 0.5%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.