Eropah, AS perlu bekerjasama tangani tindakan Turki, kata Pompeo

Eropah, AS perlu bekerjasama tangani tindakan Turki, kata Pompeo

Pompeo berkata beliau dan presiden Perancis bersetuju tindakan Turki dalam konflik Nagorno-Karabakh dan langkah ketenteraan di Libya dan Laut Mediterranean sangat agresif.

Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berkata kerajaan AS masih mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk mengenakan tekanan terhadap Iran secara berterusan. (Gambar Reuters)
PARIS:
Amerika Syarikat (AS) dan Eropah perlu bekerjasama untuk menangani isu yang timbul daripada tindakan Turki di Timur Tengah beberapa bulan lalu, kata Jabatan Negara AS Mike Pompeo kepada akhbar Perancis Le Figaro.

“Presiden Perancis Emmanuel Macron dan saya bersetuju tindakan Turki baru-baru ini sangat agresif,” kata Pompeo dengan memetik sokongan Turki kepada Azerbaijan dalam konflik Nagorno-Karabakh dengan Armenia dan langkah ketenteraan di Libya dan Laut Mediterranean.

“Eropah dan AS mesti bekerjasama untuk meyakinkan Erdogan bahawa tindakan sebegini tidak selaras dengan kepentingan rakyatnya,” kata Pompeo dengan merujuk kepada Presiden Turki Tayyip Erdogan.

Pompeo berkata, peningkatan kemampuan ketenteraan Turki adalah kebimbangan tetapi beliau tidak mengatakan sama ada negara itu, yang memberikan akses kepada angkatan tentera AS di Pangkalan Udara Incirlik, harus kekal atau berundur daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Pompeo memberitahu Le Figaro kerajaan AS masih mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk mengenakan tekanan terhadap Iran secara berterusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.