
RABAT: Maghribi sedang membina loji rawatan air terbesar di Afrika untuk mengatasi masalah kekurangan air di negara itu, lapor agensi Anadolu menurut seorang pegawai pada Khamis.
“Transformasi akan berlaku di Maghribi dengan pembinaan loji rawatan air terbesar di Afrika,” kata Menteri Peralatan, Pengangkutan, Logistik dan Air Abdelkader Amara.
Memaklumkan bahawa loji itu sedang dibina di wilayah Casablanca, beliau berkata, kemudahan itu bertujuan untuk “transformasi struktur” masalah air negara itu.
Beliau berkata, mereka berusaha mencari penyelesaian bagi masalah air dengan “membina empangan, menyuling air laut dan menggunakan air dengan berhemah.”