Serangan di Vienna: Beberapa maut, sekurang-kurangya seorang penyerang masih bebas

Serangan di Vienna: Beberapa maut, sekurang-kurangya seorang penyerang masih bebas

Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 15 yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Polis tiba di salah sebuah lokasi serangan terbabit pada Isnin di Vienna. (Gambar AP)
VIENNA:
Beberapa orang terbunuh dalam serangan di Vienna, dan sekurang-kurangnya seorang penyerang masih bebas, lapor agensi berita Sputnik.

“Malangnya, beberapa orang cedera, beberapa maut,” kata Menteri Dalam Negeri Austria Karl Nehammer kepada wartawan pada Selasa pagi. “Menurut maklumat kami, sekurang-kurangnya seorang penjenayah masih bebas,” tambah menteri itu.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa yang lain, termasuk seorang pegawai polis cedera parah dalam serangan pada Isnin di Vienna, yang dilakukan di 6 lokasi berbeza, termasuk berhampiran rumah ibadat di pusat bandar.

Media Austria melaporkan sehingga 7 orang terbunuh dalam serangan tersebut.

Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 15 yang cedera semuanya dimasukkan ke hospital, berikutan serangan di ibu negara Austria. Tujuh daripadanya mengalami kecederaan serius, kata Ludwig.

Canselor Austria Sebastian Kurz, serta Nehammer, menyebut serangan itu sebagai tindakan pengganas.

Harald Soros mengatakan di TV ORF 1 terdapat beberapa penyerang dan seorang daripadanya masih bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.