
Lawatan Pompeo ke Indonesia sebahagian aktiviti lawatan ke 5 negara Asia, yang beliau harap dapat mengeratkan hubungan strategik dan ekonomi di sebalik peningkatan ketegangan antara AS dan China.
Pada sidang media yang dipengerusikan bersama rakan sekerjanya, Retno Marsudi, beliau menyambut baik tindakan tegas Jakarta mempertahankan kedaulatannya di perairan berdekatan Kepulauan Natuna, yang dituntut China sebagai sebahagian wilayahnya.
Pompeo kata tuntutan China “tidak sah”.
“Saya berharap untuk bekerjasama dalam cara baharu untuk memastikan keselamatan maritim melindungi salah satu laluan dagangan paling sibuk di dunia,” kata Pompeo selepas bertemu dengan menteri luar negeri Indonesia.
Retno pula mahu Laut China Selatan yang “stabil dan aman” di mana undang-undang antarabangsa dijunjung.
Indonesia berulang kali mengusir kapal pengawal pantai dan kapal nelayan China yang memasuki Perairan Natuna Utara.