
Menurut Jabatan Cuaca Negara, amaran angin kencang tropika dikeluarkan untuk beberapa kawasan wilayah Bicol dan Calabarzon dengan ribut Molave yang dijangka melanda ketika melintasi kawasan selatan Luzon.
“Peningkatan pergerakan ribut di Bicol dijangka berterusan,” kata peringatan yang disiarkan buletin tempatan.
Molave menyusul ribut tropika Saudel, yang melanda minggu lalu menyebabkan banjir besar di wilayah Quezon, Calabarzon, di sebelah tenggara bandar Manila.
Peringatan itu turut menyebut ribut Molave dijangka akan terus meningkat di Laut China Selatan selepas melintasi kepulauan Filipina, yang mungkin mencapai kategori taufan menjelang malam Selasa.
Dalam pada itu, operasi perjalanan laut dibatalkan di wilayah Calabarzon, dengan 662 orang dilaporkan terkandas di pelabuhan berikutan angin kencang, menurut agensi pemantau bencana.
Katanya, di wilayah Bicol, 532 keluarga atau 1,789 orang, dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.