Polis Paraguay temui 7 mayat reput dalam kontena baja dari Serbia

Polis Paraguay temui 7 mayat reput dalam kontena baja dari Serbia

Kontena itu dipercayai bertolak dari Serbia pada Julai sebelum belayar ke beberapa negara.

Polis forensik memeriksa mayat yang ditemui dalam sebuah kontena di Asuncion pada 23 Oktober. (Gambar AP)
ASUNCION:
Paraguay dikejutkan dengan penemuan 7 mayat dalam kontena baja yang dipercayai berasal dari Serbia, lapor AFP.

Menurut pendakwa raya Marcelo Saldivar, mayat yang ditemui pekerja sebuah syarikat pertanian di ibu kota Asuncion itu kemungkinannya adalah pendatang asing.

Pihak berkuasa perkapalan tempatan berkata, kontena itu bertolak dari Serbia pada Julai, yang dipercayai merupakan destinasi pendatang asing, sebelum pergi ke Mesir, Sepanyol dan Argentina dalam pelayaran ke negara itu.

“Jejak makanan yang ditemui berhampiran mayat menunjukkan kumpulan itu “bersedia untuk perjalanan singkat,” kata Saldivar kepada pemberita.

Dalam pada itu, doktor forensik Pablo Lemir, berkata kematian berpunca adalah lemas, selain menambah 3 daripada 7 mangsa berasal dari Maghribi dan seorang dari Mesir.

Katanya, mayat terbabit disyaki orang dewasa dan lelaki, sselain menambah bahawa baja dalam kontena terbabit mempercepatkan proses pereputan.

Barang-barang peribadi ditemui pada mayat termasuk kad telefon dalam tulisan Cyrillic yang digunakan di Serbia.

Saldivar berkata pihak berkuasa Paraguay akan menghubungi pihak berkuasa di Serbia bagi pengesanan mayat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.