
Penyerang itu, yang identitinya belum dikenal pasti, ditembak polis apabila mereka cuba menahannya. Beliau mati akibat kecederaan yang dialaminya.
Penyerang berkenaan melaung “Allahu Akbar” semasa polis berdepan dengannya, menurut sumber rasmi.
Pendakwa anti keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai “kes pembunuhan terkait organisasi pengganas” dan “kumpulan penjenayah dengan pengganas”.
Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat tempat kejadian berikutan serangan berkenaan, kata pegawainya.
Serangan itu berlaku di pinggir Paris pada pukul 5.00 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine, sebuah pinggir bandar yang terletak 30km dari ibu negara.
Menurut sumber polis, mangsa adalah seorang guru mengajar yang subjek sejarah di sebuah sekolah menengah tempatan.
Beliau membincang kartun Nabi Muhammad di kelas baru-baru ini.