Perbicaraan kes hina mahkamah Lokman ditetap 14 Dis

Perbicaraan kes hina mahkamah Lokman ditetap 14 Dis

Lokman membuat laporan polis mencabar kredibiliti Amhari sebagai saksi berikutan pengakuannya pernah menerima pinjaman AS$200,000 daripada Low Taek Jho.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam didakwa mengancam seorang saksi dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Disember depan untuk mendengar prosiding penghinaan mahkamah terhadap bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam berhubung dakwaan beliau mengancam seorang saksi dalam perbicaraan kes 1MDB membabitkan Najib Razak.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa dan defendan, yang diwakili peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed bersetuju dengan tarikh berkenaan prosiding itu berikutan Lokman kalah dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Mustaffa berkata Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Lokman untuk mengetepikan perintah penghinaan mahkamah pada 26 Nov.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Lokman terhadap perintah yang diperolehi peguam negara untuk menyamannya kerana menghina mahkamah kerana mengugut bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin selepas Amhari memberi keterangan terhadap bekas majikannya itu tahun lepas.

Lokman membuat laporan polis mencabar kredibiliti Amhari sebagai seorang saksi berikutan pengakuannya di mahkamah bahawa beliau pernah menerima pinjaman sebanyak AS$200,000 pelarian Low Taek Jho.

Pihak pendakwa berpendapat bahawa komen Lokman terhadap Amhari bukan sahaja mengancam saksi atau bakal saksi, tetapi juga merosakkan pelaksanaan keadilan.

Perbicaraan 1MDB akan bersambung pada 19 Nov.

Najib memohon dibicarakan terhadap 25 tuduhan melibatkan dana yang didakwa milik 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.