
“Perhimpunan Agung bergerak maju dengan merancang 1 sesi khas mengenai Covid-19. Ini merupakan kali pertama majlis mengadakan sesi khas mengenai pandemik,” kata Brenden Varma, jurucakap presiden UNGA, dalam taklimat harian media.
“Hari ini, presiden mengirimkan surat kepada negara anggota daripada fasilitator rundingan antara kerajaan mengenai sesi khas itu. Fasilitator bersama adalah wakil tetap Azerbaijan dan wakil tetap Kanada,” kata jurucakap itu.
“Surat itu berisi draf resolusi mengenai perkara ini. Rundingan mengenainya akan diadakan Rabu ini. Presiden akan menghadirinya,” kata Varma.
Mengenai tarikh mesyuarat, ia tidak akan ditetapkan sehingga resolusi itu diterima. Tetapi seperti yang dikatakan presiden pada sidang akhbarnya bulan lalu, beliau mahu melihat pertemuan itu berlaku sebelum akhir tahun ini, menurut Varma.
Ditanya mengapa begitu lama untuk UNGA mengadakan sesi khas mengenai Covid-19, jurucakap itu menyatakan presiden UNGA menjelaskan bahawa pertemuan itu harus diadakan secepat mungkin.
Dalam pada itu, katanya, presiden UNGA turut menjelaskan perbincangan mengenai isu itu sangat penting untuk kesihatan dunia.
Varma berkata negara-negara anggota kelihatan akan “bersatu” sekitar tarikh 3 hingga 4 Disember. Beliau menambah presiden juga bersedia untuk perkara tersebut.