
Bersaiz kecil tetapi lasak, itulah yang dapat digambarkan bagi sebuah alat permainan kawalan jauh (RC) jenis ‘Crawler’ iaitu kenderaan pacuan empat roda (4×4) berukuran 10 kali ganda lebih kecil daripada saiz sebenar.
Ia kini menjadi antara hobi popular baharu di kalangan peminat alat kawalan jauh.
Antara keunikan RC Crawler adalah peminat dapat merasai sendiri debaran sebenar dalam mengawal kenderaan mereka untuk melepasi setiap halangan yang ada termasuk bukit, jambatan, batu, air dan lubang.
RC Crawler akan bergerak pada had laju antara 10 dan 60 km sejam di trek berkeluasan kira-kira 600 kaki persegi.
Kebiasaannya peminat hobi itu akan meluangkan masa lebih sejam untuk bermain permainan tersebut.
Kenderaan kecil yang menggunakan bateri yang dicas itu, dikawal secara frekuensi radio dan ia menggunakan motor elektrik sepenuhnya.
Ia memaparkan pilihan rangka mengikut model sebenar daripada jenama terkenal.
Artikel ini telah dikeluarkan di Bernama.