Wanita maut kereta dipandu bertembung 4×4

Wanita maut kereta dipandu bertembung 4×4

Kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu menyebabkan mangsa Nurfurqan Norazmi, 22, dari Felda Serting Hilir 4, Jempol meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Viva secara bersendirian dan menghala ke Kuala Pilah sebelum bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan, kata polis.
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Seremban, malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.05 malam itu menyebabkan mangsa Nurfurqan Norazmi, 22, dari Felda Serting Hilir 4, Jempol meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Viva secara bersendirian dan menghala ke Kuala Pilah sebelum bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan.

“Mitsubishi itu dipandu lelaki berusia 34 tahun yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan mangsa.

“Akibatnya berlaku pertembungan dan dua kenderaan itu remuk di bahagian hadapan lalu menyebabkan kedua-dua pemandu tersepit.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu pacuan empat roda cedera di kaki. Mereka berjaya dikeluarkan anggota bomba,” katanya, menurut Harian Metro.

Nanda berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Katanya, pemandu lelaki terbabit menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.