
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 307 individu dikompaun manakala 56 direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (129), penjarakan fizikal (53), premis beroperasi lebih masa (17), aktiviti dalam pub dan kelab malam (15), masuk kawasan PKPDB tanpa kebenaran (2), langgar perintah kuarantin (1), menjalankan aktiviti perjudian (1), dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata dalam Operasi Benteng semalam, pihak berkuasa melakukan tangkapan melibatkan 151 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong.
Katanya, 5 kenderaan darat juga berjaya dirampas.