
Syarikat berkenaan pada Ahad berkata pihaknya masih mempertimbangkan untuk mengambil langkah itu namun, 50 lagi pawagam Regal dijangka terus beroperasi pada hujung minggu.
“Kami sahkan yang sedang pertimbang untuk menutup sementara pawagam di United Kingdom dan AS, tetapi keputusan akhir belum dicapai. Sebaik keputusan dibuat, kami akan memaklumkan kepada staf dan pelanggan secepat mungkin,” menurut akaun Twitter Cineworld.
Di AS, Regal adalah rangkaian ke-2 terbesar selepas AMC dengan 7,155 layar di 543 pawagam di 42 negeri.
Deadline, laman berita industri hiburan dalam talian terkemuka, melaporkan pada Ahad pawagam tempatan bukan sahaja berdepan masalah tidak ramai pengunjung malah pihak pengeluar filem yang terpaksa menangguhkan keluaran filem-filem hebat mereka.
Universal dan MGM mengumumkan pengeluaran filem terbaru James Bond “No Time to Die,” akan ditunda sehingga April 2021.
Regal banyak bergantung kepada filem blokbuster seperti James Bond untuk mengekalkan operasi mereka.