
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 944 individu dikompaun, 32 direman dan 3 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk penjarakan fizikal (516), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (277), tidak memakai pelitup muka (163), premis beroperasi lebih masa (10), aktiviti dalam pub dan kelab malam (7), premis beroperasi tanpa lessen (2), langar perintah kuarantin (2), enggan membuat saringan Covid-19 (1) dan keluar kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar (PKPDB) tanpa kebenaran (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata dalam Operasi Benteng pihak berkuasa menahan 48 pendatang asing tanpa izin (PATI), 2 tekong dan 4 penyeludup.
Beliau berkata, turut dirampas 7 kenderaan darat.
“Sebanyak 101 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan polis (79 SJR), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (12 SJR)” katanya.