
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob bagaimanapuan berkata, pemimpian terlibat perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang serta dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat.
“Kita setuju pemimpin boleh menghadiri urusan rasmi di luar negara. Dalam keadaan tertentu pemimpin kita perlu keluar negara kerana sebab khusus untuk kepentingan negara.
“Kita setuju benarkan dengan syarat apabila pulang mereka perlu dikuaraintin wajib selama 14 hari tanpa pengecualian kepada sesiapa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini.
Ismail juga berkata, mesyuarat hari ini turut memutuskan membenarkan kemasukan pemimpin negara asing ke Malaysia.
Katanya, hanya pemimpin bertaraf menteri dan ke atas sahaja dibenarkan masuk ke negara ini atas urusan rasmi.
“Mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, antaranya semua delegasi, termasuk ketua delegasi, diwajibkan membuat ujian swab 3 hari sebelum tiba di lapangan terbang antarabangsa negara ini.
“Dan sebaik tiba di negara ini mereka sekali lagi diwajibkan menjalani ujian swab ke-2.
“Kehadiran delegasi hanya bagi acara rasmi yang tidak melibatkan orang ramai.
“Delegasi akan diiring dari lapangan terbang ke hotel, ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk dihantar pulang ke negara mereka,” katanya dengan memaklumkan semua delegasi dibenarkan masuk ke Malaysia dengan kapal terbang persendirian sahaja.
SOP proses pertukaran anak kapal diubah
Dalam perkembangan sama Ismail berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju mengubah semula SOP proses pertukaran anak kapal.
Katanya, anak kapal yang terlibat dengan “sign on” wajib menjalani ujian swab.
“Sekiranya negatif, mereka akan dikuarantin selama 14 hari. Sekiranya positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Bagi anak kapal yang terlibat ‘sign off’, jika kapal mereka berada di perairan Malaysia lebih 14 hari, mereka hanya perlu menjalani ujian swab tanpa kuarantin.
“Bagaimanapun, mereka akan diiringi dari kapal ke lapangan terbang untuk terus pulang ke negara masing-masing.
“Jika kapal dalam perjalanan dan singgah di pelabuhan negara lain, sebelum tiba di Malaysia untuk ‘sign off’, mereka perlu menjalani ujian swab serta kuarantin 14 hari,” katanya.
Ismail berkata, MKN juga memutuskan waktu operasi bagi Kompleks Sultan Iskandar Johor kekal dari jam 7 pagi hingga 7 malam bagi semua kenderaan.
“Bagi Kompleks Sultan Abu Bakar atau Linkedua, waktu operasi bagi kenderaan berat adalah 24 jam, manakala bagi kenderaan ringan, dari 8 pagi hingga 12 malam,” katanya.
241 ditahan ingkar PKP
Ismail berkata, memasuki hari ke-200 pelaksanaan PKP hari ini, polis menahan 241 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam.
“Daripada jumlah itu, 41 individu direman dan 2 dijamin. Seramai 198 individu pula dikenakan kompaun,“