
Berkongsi maklumat mengenai perkembangan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pagi tadi beliau berkata, SOP baru di masjid atau surau setakat ini tidak dibincangkan.
“Tidak dibincangkan (mengenai SOP baru di masjid dan surau), sekadar kita akan memperkemaskan SOP dan kepatuhannya,” katanya selepas menyempurnakan majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ 2020 serta majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim di sini, hari ini.
Mesyuarat khas MKN itu turut dihadiri Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan (Kerja Raya) Fadillah Yusof; Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba serta menteri berkaitan, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baru Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.