
Pada Jumaat, Macron menekankan “tiada konsesi” akan diberi dalam usaha mengecualikan peranan agama dalam bidang pendidikan dan sektor awam di Perancis.
“Islam adalah agama yang berada dalam krisis di seluruh dunia hari ini dan kami tidak hanya menyaksikan perkara ini dalam negara kami sahaja,” kata beliau seperti dilaporkan Al Jazeera.
Beliau berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang pada Disember untuk menguatkuasakan undang-undang undang yang mengasingkan agama dengan negara secara rasmi di Perancis.
Langkah kata Macron, bertujuan megatasi masalah berhubung perkembangan “radikalisme” di Perancis dan meningkatkan “kebolehan untuk hidup bersama”.
“Sekularisme adalah asas kepada Perancis yang bersatu,” kata beliau dengan menambah bahawa tidak masuk akal untuk mendiskriminasi semua Muslim.
Undang-undang itu membenarkan rakyat mengamalkan mana-mana agama yang mereka anuti, kata Macron, tetapi paparan simbol agama secara terbuka akan dilarang di sekolah dan perkhidmatan awam.
Pemakaian hijab dilarangkan di sekolah Perancis dan kepada kakitangan awam semasa bekerja.