Aglios Oglio Seafood

Aglios Oglio Seafood

Aglios Oglio Seafood lebih enak bila dimakan bersama seisi keluarga.

Menyelerakan, boleh dimakan sebagai hidangan petang atau malam.

Bercuti hujung minggu mesti terfikir masakan apa yang sedap dimakan. Seminggu sekali dapat berehat sambil menikmati juadah bersama keluarga. Apa kata kali ini kita cuba masakan dari Dayang Sopiah Shahadan ini:

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus spaghetti (direbus)
  • udang dan sotong (ikut kesukaan masing-masing)
  • 4-6 ulas bawang putih (cincang dan goreng)
  • 2 sudu besar olive oil & butter
  • 2 tangkai daun ketumbar (akarnya jangan dibuang, itu yang sedap)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar dried chili flake
  • 1 biji lada benggala (perlu ada, kalau boleh ½ biji merah dan ½ biji hijau)
  • secukup rasa mixed herb (pilihan)
  • 1 sudu lada hitam (pilihan)
  • 1 tin cendawan butang
  • segenggam baby tomato
  • 2 keping cheese
  • stok air udang
  • ½ biji lemon (ambil air perahannya)

Cara membuatnya:

  • Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan digoreng.
  • Masukkan stok udang dan cheese. Kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan lada hitam dan seafood. Kacau sebati.
  • Masukkan spaghetti yang telah direbus.
  • Kemudian masukkan lada benggala, cendawan dan akar daun ketumbar. Biarkan mesra.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan perahan lemon.
  • Dah siap untuk dihidangkan.

Tips

Rebus kulit udang dan kisar untuk dijadikan stok air udang dan perahan lemon masukkan akhir sekali agar nampak kilatan minyak yang menyelerakan.

Anda juga boleh mengikuti resepi-resepi Dayang di laman Instagram authencticmenu. 

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.